Semester dua ni, ada aku ambil empat subjek. Dalam empat subjek ni, 3 adalah lecturer yang baharu. Meaning, mereka belum pernah lagi mengajar aku. Dalam 3 yang baharu tu, dua sudah mahu pencen tahun ini.
So while I enjoying belajar benda baharu dengan lecturer baharu, aku pun actually tengah scout SV untuk project tesis nanti sebab semester depan, aku dah akan mula menulis tesis. Sebab aku tak familiar dengan sistem universiti, so aku pun survey dan tanya how it works.
Apparently, nanti sebelum daftar new semester, pelajar yang nak buat tesis perlu isi borang dekat pejabat jabatan dan submit. Kalau ada SV, tulis nama SV, kalau belum ada, tinggalkan kosong sahaja. So aku plan ok lah, aku tak ada preference pun, kosong pun ok. Kaedahnya, kepada yang kosong-kosong nanti, tajuk-tajuk tesis ini akan ‘dilelong’ kepada lecturer-lecturer yang berkaitan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing. Which I don’t mind at all. Bukan buat PhD pun, ye tak?
Sampai lah suatu hari tu, lepas kelas one of the subject, aku randomly tanya lecturer ni, pasal prosedur pemilihan SV, dia cakap nanti share tajuk and dia akan advise siapa yang sesuai. So that, aku ada time untuk consult that said SV. And aku ok. Tapi kebetulan juga, dateline assignment ada lagi seminggu macam tu. And kebetulan aku dah siap awal assignment. The proseses were, kalau dah siap, submit dulu awal. Kemudian, dia check and dia comment. Lepas tu, kita boleh repair and re-submit yang final paper.
While dateline untuk first submission masih seminggu, aku yang dah siap ni pun saja tanya, boleh ke submit awal. Dia cakap, submit lah. And usually, submission adalah online. Kerana tak tahu kenapa aku ada hardcopy with me, aku pun tanya boleh ke submit sekarangf hardcopy. Dia cakap, kalau dah siap, pass lah. Sambil smirk. Dia memang macam tu. Suka jeling-jeling tapi baik dan sometimes can be lucu too.
So aku pun pass along hardcopy and let it be.
Esoknya, aku dapat email. From her. And that impresses me to the max. She actually did marking my paper, with red pen all over dari front page sampai last page bahagian rujukan. She did read line by line. Ya Allah, I don’t mind the correction but aku sangat impressed bila dia check, scan and email back to me. Talk about dedication ye.
Aku tunjuk to My All, and My All cakap, she should be your SV. And aku pun sebenarnya fikir benda yang sama. While I thank her for the correction, aku betulkan mana yang patut and lepas tu submit the final one.
So, esoknya, aku pun karang email yang panjang. Email yang sopan, yang penuh nuansa sebagai pelajar mengadap Professor dan penuh dengan ayat suggestive yang sopan anak Melayu. Aku bagi tau tajuk proposal aku siap aku attached proposal aku sekali. Ada la 5 rangkap email aku karang, aku ulang baca 3 kali, check spelling, check grammar, check kalau ada terkasar bahasa ke macam tu. And after puas hati, aku hit the Send button.
3 minit kemudian, aku dapat reply.
“Wsalam wbt. Ni tajuk Dr. XXX’
Sharp, precise, heart broken.
Semudah itu je hati I dirobek. But, aku reply balik. Aku even tanya what if tukar tajuk to something yang suit her. And she ask me to meet her the next day. And I comply.
So esoknya, aku pergi lah pejabat dia. Rupanya, hari itu adalah hari beliau bertemu student PhD yang beliau supervised. Aku tak tau lah culture ke apa, but those students yang jumpa dia semua bawa buah tangan. Kopi, donut, kuih muih, kudapan. Aku je melenggang kangkung. Hahaha..Wira…Wira…
Masuk je, ada dah la student PhD dalam bilik tu. Terus dia tanya, bawa proposal? T_T You know, dia ni adalah Profesor yang paling senior dalam jabatan, yang nak pencen dua tiga tahun lagi, yang dah kerja almost 40 tahun dekat universiti. That senior. Tak tahu berapa ribu student dah dia produce, papers and books. Can you imagine hati aku masa tu. Memang macam product gagal anak Melayu malas yang jenis tak ada kerja nak sambung belajar tapi tak ready. Yang jenis pergi belajar pen pun tak bawak. Faham tak perasaan tu. Of course lah aku bawa buku nota dan pen but that beside the point.
Di tepi anak mata, aku perasan student PhD dah senyum sinis-sinis. Allahu. Habis.
But, being Wira yang sweet. I talk dengan humble dan obliged dan submit. So she looks positive and basically on to be my SV but I need to re-do my proposal which is expected lah kan. Kau dah tukar tajuk, tak kan kau tak tukar isi. Fyi, my proposal dapat A ye last semester. Can you imagine the efford yang nak kena re-do tu. Tapi tak apa, demi mendapatkan beliau as SV, aku comply. Aku jumpa dia hari Jumaat pagi.
So Sabtu tu, seawal lepas Subuh, aku pun buka laptop, buka proposal dan tukar tajuk on the same template. Hahaha. Dan kemudian aku terkebil-kebil apa aku nak buat next. Aku buka Netflix. Aku tutup. Aku pergi laundry baju. Aku mengadap laptop balik sambung terkebil-kebil. Aku pergi sidai baju, sambil otak aku di proposal tu.
And by God grace, aku dapat WhatsApp from Her. ‘Salam Wira, Pls check ur email’.
Aku buka email on the spot, and beliau yang terkenal dengan one liner reply telah email aku long email by numbers, point apa yang aku kena tukar, apa yang aku kena fokus, apa hala tuju proposal, apa yang lacking lagi after dia gone thru my proposal yang aku email. Ya Allah, Sabtu pagi kot. Hari cuti ni wei. Mungkin dia tak perlu buat laundry but dia masih perlu breakfast and Netflix. Yet, she choose to read my proposal and email me the feedback.
*Sujud syukur*
So, with that, aku betulkan apa yang patut and hantar to her. Aku baru hantar 2 hari lepas. Now, aku masih tunggu feedback. Doakan aku. The worst aku expected adalah re-do. Or else, repair yang perlu. And please-please, jangan lah dia tarik diri dari jadi SV aku, waima apa pun alasannya.
Doakan aku.
