Chinese Halal Food Fest @ OU
Masa dekat Kedah lagi, My All dah remind pasal event makanan halal Cina dekat OU. Aku tak ada la plan nak visit tapi kalau free, why not. And kemudian 1st Jan, pagi-pagi sepatutnya ada cleaner datang but dia cancel sebab hujan lebat. So since free, kami pun ke OU.
Lama ssangat tak pergi OU. Macam tak ada rasa keperluan untuk sampai ke OU. Lagi pula, IOI Mall sudah memadai untuk kami. Dengan New Wing, ada Aeon di situ, dan kedai makan yang tak pernah habis cuba. Cukup IOI untuk kami. Lagipun OU ni jauh, nak kena cross LDP yang panjang.



Sampai sahaja, as expected, parking punya la susah. Memang sengaja tak naik MRT sebab aku rasa nak kena tukar line hijau from line kuning. Tapi sebab dah sampai, so terus sahaja cari parking. Masuk ke New Wing sebab situ macam lagi banyak option parking. Event nanti dekat Old Wing. Alhamdulillah, mudah jumpa parking. Terus naik ke LG untuk ke event place.
Dari jauh, aku dah nampak orang beratur panjang ya amat. Ingatkan beratur nak masuk but rupanya beratur nak beli roti daging. Aku tak sure benda ni viral ke apa but ramai betul. Dengan panasnya. Semua masing-masing pegang kipas dekat tangan. Tapi gigih juga mereka beratur. Roti daging ni, dekat Cyberjaya pun ada banyak orang jual. Aku rasa rasa dia sama saja.
Ada banyak stall. Lebih 50 stall. Yang ramai beratur adalah mee tarik, roti daging, dumpling dan meat grill macam sate tu. Lain-lain macam nasi kambing, mee yang biasa-biasa tu tak ramai sangat. So aku dan My All memang cari stall yang tak ramai orang. Jumpa lah satu stall ni jual Siew Bao. Tak ramai sangat. Ramai juga tapi yang ramai tu beli nasi daging. Stall ni jual dua tu. So ada dua line beratur. Aku pun beli. Mahal nya la wei. RM5 satu. Expectation aku adalah isi daging melipah ruah sebab RM5 kan. Tapi rupanya hanya ada carrot dan cebisan daging dalam 5. Bukan 5 ketul ye, 5 cebis. Not even 5 cubit. Dia macam hampas kelapa tu, ada 5 saja. bukan 5 cubit hampas kelapa but 5 kelapa parut tu. Bayangkan, kuih buah Melaka, dekat situ aku assume ada 1,000 hampas kelapa. Sebab hampas kelapa ni kan macam snow tu kan. Ini ada 5 SAHAJA. T_T.



Kemudian kami teruskan perjalanan, and jumpa satu lagi stall yang tak ramai. Ini dia jual rice noodle. Tapi noodle dia tebal. Macam Pappardelle. Tapi lagi lebar, kecil sikit dari Lasagna sheet, tapi panjang. So aku pun beratur situ. 1 mangkuk harga dia RM18. Mahal juga la. Ada fucuk, ada ubi, ada vege sikit dan lots of chili oil. Pedas juga lah sikit. Tapi, that noodle tu sangatlah kenyal. Super kenyal yang gigit tak putus ni. Kena kunyah-kunyah tetap tak hancur. Kita hanya boleh potong pendek-pendek dan slurp telan. Beli 1 bowl sahaja dan share.
So itu je lah kot. Lain-lain tetap ramai orang. Aku tak sure yang ramai-ramai tu sedap or not. Aku suka mee tarik. Mee Tarik Salam yang dekat Cyber ni aku suka juga sebab murah. Baru RM7.90, ada yang RM9.90 siap free flow air. And, alang-alang we all dah sampai OU, so kami pun berjalan lah sekejap melawat kawasan tengok apa yang baharu. Compare dengan IOI Mall. I think IOI win. Hahaha
So itu lah hari pertama di tahun 2026. Happy New Year.